i found this article from sarah which i think its hilarious and ader a bit yg agak samer with me..
bace yek:
Number 1#:
Aku seorang yang suka bercakap perkara sama berulang-ulang kali seperti hal kucing aku kepada kawan-kawan dan penumpang kereta aku. Dan bila aku nak tidur aku akan merepek-repek biasanya kepada adik aku, mengatakan beliau gemuk, atau mak aku gemuk, atau kucing aku sebenarnya boyfriend aku, buat-buat faham sudah.
**so ok..ni tak samer laa..
Number 2#:
Aku jenis cepat tersentuh hati. Sebagai contoh, nyanyian yang sedap atau semangat berkobar-kobar atau hati yang ikhlas boleh buat aku menangis. In short, your nice gestures towards me will be remembered. Tetapi aku tidak mudah kecil hati kecuali kau memang biadap. Secara general, aku seorang yang sporting. Kalau tidak kerana aku risau kaki selulit dan kulit kaki kering, aku sanggup berbikini kemana-mana kalau kau dare aku.
**exactly (except for the bikini part..kerat 18 pon korang takkan tgk aku berbikini)
Number 3#:
Aku tidak berkira duit minyak, duit nasi, duit apa-apalah tetapi aku liat sedikit membeli hadiah birthday kawan-kawan sebab kalau beli aku tak mahu kasi barang murah, tapi aku selalu tiada duit bila birthday mereka. Dan naik kereta aku mesti respect aku kerana aku tidak berkira. tq
**ngeee..true!
Number 4#:
Aku benci orang jahat seperti jiran sebelah rumah aku yang membuat fitnah semasa aku tingkatan dua. Sebagai akibatnya, aku tidak bercakap dengan makcik itu sampai sekarang tak kisahlah jumpa di mana pun. Sebab aku rasa aku baik hati. Dan aku memang pilih kawan-kawan untuk aku rapat melalui kebaikan hati. Kau boleh liar dengan aku tapi kalau kau ialah backstabber bitch, so long friendship. Dan kalau kau juga ialah jantan semacam, mestilah aku tak layan langsung. I judge people by their kindness towards other.
**hahaha..tade komen..gelak guling2..
Number 5#:
Walaupun aku tidak berkira duit, lelaki mesti bayar makanan aku bila dating (kalau kau itu ada intention untuk mengorat). Aku tidak cerewet tempat makan, mamak pun boleh, tapi kau bayar ye lelaki. Unless first time jumpa, let’s go Dutch sebab aku tidak mahu terhutang body. Atau aku memang tahu hubungan ini tidak akan kemana.
**ehem..tp ader org 1st date tarak bawak duet..pucat muka..kesian..leh la..kasik can!
Number 6#:
Aku sebenarnya tidak kisah tidak kahwin tetapi aku mahu anak sendiri dan aku mahu dipandang normal oleh masyarakat. Walaupun aku selalu bercerita tentang Pinky, aku tidaklah cinta dia sepenuh hati, cuma dia adalah calon paling sesuai (dan satu-satunya calon yang mahukan aku buat masa ini), maka perlahan-lahan aku belajar sayang dia. Dan ia berbaloi sekali.
**pinky tuka kepada **** la la la la la
Number 7#:
Aku seorang yang tidak organized.Bilik aku semak nak mati, tetapi aku cekap multi-tasking. Dan aku selalu jadi leader dalam apa-apa assignment kerana aku benci kerja selekeh, kalau aku ada masa, memang aku buat sehabis baik, maka kawan-kawan boleh harapkan aku untuk menghasilkan kerja bermutu tinggi. Walaupun hanya assignment atau report bodoh.
**aye aye..same! except kadang malas la gak nk wat repot2 bodo sebab lecturer microb mmg akan slalo tak puas hati..lamer2 ader gak rase bosan
Number 8#:
Aku selalu dibuli keluarga dan orang sekeliling kerana aku walaupun panas baran, selalu sabar dengan orang lain. Akibatnya, sekali aku mengamuk, ambik kau, suicidal notes, lari dari rumah, ’ter’pukul pakcik guard, macam-macam lah.
**err..terpukul tak penah lagi kot..lain2 cam...hemmmmm
okies..that all from me sket..nak upload 1 2 gambo tp kat tempat kije..curik2 main tenet..
ekeke..
Nadia Yusof reporting from Hospital Ampang